Sunday, June 17, 2012

Lappy:: Mungkin boleh.

Petang ini dia berjalan lagi. Geraknya perlahan dan kepalanya tertunduk. Aku, seperti biasa, tepat pada pukul empat petang akan terpacak di atas balkoni rumah ini. Semata-mata untuk melihat dia. Dia yang aneh. Dia yang misteri. Dia yang penuh tanda tanya. Dia yang penuh derita gamaknya. Dia yang sangat menarik perhatian aku.

Aku selalu bayangkan satu situasi dimana aku akan buat-buat baca buku sambil berjalan dan dengan sengaja nya buat tidak sengaja melanggar dia. Dengan itu, mungkin kami akan berkenalan dan mulakan sesuatu yang baru. ATAU, atau, mungkin, mungkin aku akan terus pergi kepada dia dan memberikan satu senyuman manis dan belanja dia makan aiskrim? 
Lebih senang untuk aku terus berangan seperti ini dari memalukan diri sendiri. Tetapi, tetapi sesungguhnya dia sangat misteri. Sesungguhnya dia sangat menarik hati.

Keesokan harinya aku berasa hampa kerana setelah pun pukul lima, kelibat dia masih tidak kelihatan. Tetapi aku tetap menunggu. Selepas tiga hari aku tetap menunggu. Pelik. Aneh. Aku dah jadi 'stalker'.

Walaupun telah lima hari tidak nampak banyangan dia yang misteri itu, aku tetap kaluar ke balkoni tepat pukul empat petang-- kerana kebiasaan. Tetapi daripada mencari kelibat dia, aku belajar semula untuk melihat keindahan taman dihadapan rumah aku. Aku rasakan kenikmatan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku melihat langit yang membiru dan melihat burung-burung berterbangan. Aku teringat kembali sebab sebenar aku keluar ke balkoni itu. Aku rasa kehilangan dan rasa malu. Tidak sangka aku begitu  leka dan obses melihat satu keindahan sehinggakan aku lupa tentang keindahan yang lagi gah.

Aku rasa gembira kerana aku kembali rasa tenang. Aku tahu tujuan aku dan aku tahu apa yang aku mahu. Ciptaan yang maha Esa yang indah dan menenangkan ini telah mengajar aku untuk bersyukur, cara ini atau  yang lain. Memang rezeki aku gamaknya.

Aku mula untuk keluar dan menyeberangi jalan. Setelah sekian lama, aku akhirnya jejak semula kaki ke taman itu. Aku berjalan, aku berfikir, aku melihat, aku menikmati, aku menghirup udara segar. Waahhh.. sesungguhnya aku telah lupa. 

Hilaian tawa kanak-kanak membuat aku berfikir kembali tentang zaman kanak-kanak aku. Kami  sekawan berlari dan ketawa, kami jatuh dan terus ketawa. Zaman mengenal dunia tanpa kesedihan. Begitu manis sekali. Aku ketawa kecil dan *TTTAAAANNNGGG!!*

 "Aduuhhh!!!!" 
Arrgghh,, sakitnya kepala aku. Dalam keadaan terduduk aku mengaduh. Kepala aku terasa sakit sangat.
Dengan perlahan aku cuba untuk bangun dan menstabilkan diri....

"Awak tak apa-apa ke?"
Sebujur wajah yang sangat aku kenali berada betul-betul dihadapan mataku. Si dia yang misteri! Si dia yang menarik hati! Wah, jantung aku!!

"Apa yang awak fikirkan tu sampai tiang lampu pun tak nampak?" 
Tanya dia lagi. Mukanya yang kelihatan seperti menahan tawa aku tenung. Hamboi, terkelu terus lidah aku.

"Err.. haha. Awak nampak ke?" 
Aduh, segannya aku. 

"Susah untuk tak nampak, tetapi selalunya awak berdiri di atas balkoni tu je. Dah lama awak tak jalan-jalan kat taman ni. Rindu eh?" 
Begitu yakin dia keluarkan pernyataan. Kejap! apa dia kata? Mana dia tahu? Selama ni dia tengok aku jugak ke? Apakah semua ini? 

Aku terdiam lagi.

"Awak okay tak ni? macam weng-weng je saya tengok" 
Dia yang misteri itu ketawa. Wah, manis nya. Baik nya.

"Okay, okay, saya okay. Terima kasih"
Dengan janggalnya aku mengangguk-anggukkan kepala. Apa aku nak buat ni, aku dah lama 'plan' benda macam ni, tapi bila dah betul-betul jadi, aku gagap pulak. Cuak pula aku rasa. Aku terasa muka aku mula panas.

"Bagus lah awak okay. Kuat jugak awak terhantuk tadi. Jom lah, saya belanja awak aiskrim kat sana tu"
Sekuntum senyuman diberikan kepada aku. Tanpa aku sedari, aku juga tersenyum dan menganggukkan kepala.

Heemm.. satu permulaan yang baru.
Memang rezeki aku gamaknya.


SOME LOVE YAAAWWW:
Assalamualaikum. Hai, lama kan tak jenguk blog ni kan?
Aku rasa aku  tak perlu kot untuk terangkan pasal cerita ni, semua dah besar dan dah pandai untuk berfikir. Bacalah, fikirlah sendiri apakah maksud disebalik cerita ini. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan tiada yang betul dan salah disini.



The Journal

Addicts