bunyi nya hambar
mencari kata dan irama
semuanya tidak seiring
semuanya tidak sama
terasa hilang
gundah gulana
ke sana ke mari aku cuba mencari erti
apa yang aku ragui aku diamkan saja
sedapkan hati
Terus diam dan teruskan lagi
hidup harus diteruskan
walau alunan musika berlainan genre
makna nya tetap sama
cuma berlainan rasa
Mari gubah lagu sekarang dan akan datang
melainkan memegang lagu yang melodi nya suatu ketika dahulu
dan menarik kita jatuh tidak berdiri lagi.
SOME LOVE: Dimana kau melihat seseorang itu kuat dan tabah, ada sesuatu yang telah menjadikan dia jatuh dan menyebabkan dia untuk bangun semula dengan kekuatan yang ada dan teruskan tanpa menyesal apa apa. waaahhh,,, panjang nya! apa entah yang dibebelkan? :P
Baiklah, entri kali ini di catatkan dalam bahasa Melayu, maaf jika ini melanggar peraturan Incerto--(ada ke? hmm.. :/) haha.
THE BREAK DOWN!!!: Nukilan ini adalah hasil dari tamatnya hidup sebagai pelajar Asasi Tesl di UiTM. Ramai yang meluahkan rasa sedih, rindu dan sebagainya kepada rakan rakan mereka. Aku agak tawar hati kerana tak berapa gemar nak fikir banyak banyak tentang perkara ni. Sebab kita secara tak sengaja akan terasa dan terfikir jugak pasal benda ni dan tak guna untuk 'make a big deal out of it' sebab ia tidak akan mengubahkan apa apa.
Sekarang sudah terasa lain. apa yang kita buat semua rasa lain. 'Things are changing and it won't be the same' perasaan pun berubah, orang berubah. mungkin dengan mengetahui tentang fakta ini orang menjadi takut dengan kehilangan kenangan indah yang dulu. tapi jika kita melayan perasaan ini dan terlalu kerap berfikir tentang nya, bila kita nak hidup? bila mahu gerak ke hadapan jika berpegang pada yang silam?
Jadi, bukalah mata pada yang sekarang dan yang akan datang- tapi tak bermakna yang lepas itu dilepaskan. Hanya simpan di dalam hati- menjadi pangalaman yang indah untuk kita dan belajar dari nya :)
The future of one is more important than the past of others. Yet, there's nothing wrong about looking back, and smiling.
ReplyDeleteSubtle, Beautiful. That is the LittleGreenNoteBook. Thanks :D
p/s : Incerto has no laws, no worries! :)
why i never know about this blog?
ReplyDeletesorryyy jat~ x pnah promote sgt pon. :p
ReplyDelete